Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
apabila perbuatan yang dipersetujui dilakukan itu bagi pelaksanaan secara keseluruhannya atau sebahagiannya, sesuatu amanah;
A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan stok itu. Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas
A untuk memulangkan kuantiti stok yang sama kepada B, dan B boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kewajipan ini.
Relief Spesifik 13
(b)
apabila tiada standard yang wujud bagi menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaan perbuatan yang dipersetujui supaya dilakukan;
A bersetuju membeli, dan B bersetuju menjual, suatu gambar yang dilukis oleh seorang pelukis yang telah mati dan dua buah pasu yang luarbiasa dari negeri China. A boleh memaksa B secara spesifik untuk melaksanakan kontrak ini, kerana tiada standard untuk menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaannya.
(c)
apabila perbuatan yang dipersetujui supaya dilakukan adalah sedemikian yang pampasan kewangan bagi ketidaklaksanaannya tidak dapat memberikan relief yang memadai; atau
(a)
A berkontrak dengan B untuk menjual kepada B sebuah rumah dengan harga RM1,000. B berhak kepada suatu dekri yang mengarahkan A supaya memindahhak rumah itu kepadanya, dan dia membayar wang pembelian itu.
(b)
Sebagai balasan bagi pelepasan daripada kewajipan tertentu yang dikenakan ke atasnya oleh Akta pemerbadanannya, suatu syarikat kereta api berkontrak dengan Z untuk membuat suatu pintu gerbang melalui landasan kereta api syarikat itu untuk menyambungkan tanah Z yang terdapat perkhidmatan kereta api itu, untuk membina suatu jalan di antara beberapa tempat tertentu, untuk membayar jumlah wang tahunan yang tertentu bagi penyenggaraan jalan ini, dan juga untuk membina suatu jalan tepi dan dermaga sebagaimana yang ditetapkan dalam kontrak. Z berhak untuk menguatkuasakan kontrak ini secara spesifik kerana kepentingannya dalam pelaksanaan kontrak ini tidak dapat diberi pampasan yang mencukupi dengan wang; dan mahkamah boleh melantik seseorang yang sesuai untuk mengawasi pembinaan pintu gerbang, jalan, jalan tepi dan dermaga itu.
(c)
A berkontrak untuk menjual, dan B berkontrak untuk membeli, bilangan tertentu syer kereta api yang berperihalan tertentu. A enggan menyempurnakan jualan itu. B boleh memaksa A secara spesifik untuk melaksanakan perjanjian ini, kerana syer itu terhad bilangannya dan tidak selalu ada dalam pasaran, dan milikannya membawa bersamanya status seorang pemegang syer, yang tidak boleh diperoleh selainnya.
(d)
A berkontrak dengan B untuk melukis sekeping gambar untuk B, yang bersetuju untuk membayar A sebanyak RM1,000. Gambar itu dilukiskan. B berhak supaya gambar itu dihantarserahkan kepadanya atas bayaran atau tender sebanyak RM1,000 itu.
14
Undang-Undang Malaysia
(d)
apabila berkemungkinan bahawa pampasan kewangan tidak boleh didapati bagi ketidaklaksanaan perbuatan yang dipersetujui untuk dilakukan itu.
A memindahkan tanpa pengendorsan, tetapi dengan balasan berharga, suatu nota janji hutang kepada B. A menjadi tidak solven, dan C dilantik menjadi pemegang serah haknya. B boleh memaksa C supaya mengendorskan nota itu, kerana C telah menggantikan liabiliti A dan suatu dekri bagi pampasan kewangan kerana tidak mengendorskan nota itu akan menjadi sia-sia.
(2)
Melainkan jika dan sehingga dibuktikan selainnya, mahkamah hendaklah menganggap bahawa kemungkiran sesuatu kontrak untuk memindah milik harta tak alih tidak boleh direliefkan dengan secukupnya dengan pampasan dalam bentuk wang, dan bahawasanya kemungkiran sesuatu kontrak untuk memindahkan hakmilik harta alih itu boleh diberikan relief.
Kontrak yang sebahagian daripada subjek telah tidak wujud lagi