Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 57 Akta Kontrak 1950, sesuatu kontrak tidak mustahil keseluruhannya untuk dilaksanakan kerana sebahagian daripada hal perkaranya yang wujud pada tarikh kontrak telah tidak wujud lagi pada masa pelaksanaannya.
(a)
A berkontrak untuk menjual sebuah rumah kepada B dengan harga
RM10,000. Pada hari selepas kontrak itu dibuat, rumah itu telah dimusnahkan oleh siklon. B boleh dipaksa untuk melaksanakan bahagian kontraknya dengan membayar wang pembelian itu.
(b)
Sebagai balasan kepada jumlah wang yang kena dibayar oleh B, A berkontrak untuk memberikan suatu anuiti kepada B untuk seumur hidup B.
Pada hari selepas kontrak itu dibuat, B terjatuh dari kudanya dan terbunuh.
Wakil B boleh dipaksa membayar wang pembelian itu.
Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian yang tidak dilaksanakan adalah kecil 13.
Jika suatu pihak kepada sesuatu kontrak tidak dapat melaksanakan keseluruhan bahagian kontraknya, tetapi bahagian yang mesti ditinggalkan tanpa dilaksanakan merupakan suatu
Relief Spesifik 15
bahagian yang kecil sahaja kepada keseluruhan kontrak itu dari segi nilainya, dan membenarkan pampasan dalam bentuk wang, mahkamah boleh, atas guaman salah satu pihak, mengarahkan pelaksanaan spesifik seberapa banyak kontrak yang boleh dilaksanakan, dan mengawardkan pampasan dalam bentuk wang bagi kekurangan itu.
Dalam suatu kontrak bagi penjualan dan pembelian sebuah rumah dan tanah dengan harga RM20,000, adalah dipersetujui bahawa sebahagian daripada perabot itu patut diambil dengan satu penilaian. Mahkamah boleh mengarahkan pelaksanaan spesifik kontrak itu walaupun pihak tidak dapat bersetuju mengenai penilaian perabot itu, dan boleh sama ada menilaikan perabot itu dalam guaman dan memasukkannya ke dalam dekri bagi pelaksanaan spesifik, atau boleh menghadkan dekrinya kepada rumah itu.
Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian yang tidak dilaksanakan adalah besar 14.
Jika suatu pihak kepada sesuatu kontrak tidak dapat melaksanakan keseluruhan bahagian kontraknya, dan bahagian yang mesti ditinggalkan tanpa dilaksanakan itu merupakan suatu bahagian yang besar kepada keseluruhan kontrak itu, atau tidak membenarkan pampasan dalam bentuk wang, dia tidak berhak mendapat suatu dekri bagi pelaksanaan spesifik. Tetapi mahkamah boleh, atas guaman pihak yang satu lagi itu, mengarahkan pihak yang ingkar untuk melaksanakan secara spesifik seberapa banyak daripada bahagian kontraknya yang boleh dilaksanakannya, dengan syarat bahawa plaintif melepaskan semua tuntutan bagi pelaksanaan selanjutnya, dan semua hak terhadap pampasan sama ada bagi kekurangan itu, atau bagi kehilangan atau kerugian yang ditanggung olehnya oleh sebab keingkaran defendan.
Pelaksanaan spesifik bagi bahagian kontrak yang bebas 15.
Apabila sebahagian daripada sesuatu kontrak yang, diambil kira dengan sendirinya, boleh dan patut dilaksanakan secara spesifik, berada dalam kedudukan yang berasingan dan bebas daripada bahagian yang lain bagi kontrak yang sama yang tidak boleh atau tidak patut dilaksanakan secara spesifik, mahkamah boleh mengarahkan pelaksanaan spesifik bagi bahagian yang terdahulu itu.
16
Undang-Undang Malaysia
Halangan dalam kes lain akan pelaksanaan spesifik bagi sebahagian daripada kontrak 16.
Mahkamah tidak boleh mengarahkan pelaksanaan spesifik bagi sebahagian daripada sesuatu kontrak kecuali dalam kes yang termasuk di bawah satu atau selain daripada tiga seksyen terakhir yang terdahulu.
Hak pembeli terhadap penjual dengan hak milik yang tidak sempurna 17.
Jika seseorang berkontrak untuk menjual atau menyewa harta tertentu, yang adalah suatu hak milik yang tidak sempurna terhadap harta itu, pembeli atau penerima pajak (kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Bab ini) mempunyai hak yang berikut:
(a)
jika penjual atau pemberi pajak telah memperoleh apa-apa kepentingan dalam harta itu selepas penjualan atau pajakan itu, pembeli atau penerima pajak boleh memaksanya untuk menyempurnakan kontrak itu daripada kepentingan itu;
(b)
jika persetujuan orang lain perlu untuk mengesahkan hak milik itu, dan orang itu terikat untuk memindahhakkan atas permintaan penjual atau pemberi pajak, pembeli atau penerima pajak boleh memaksa penjual atau pemberi pajak untuk mendapatkan persetujuan itu; dan
(c)
jika penjual atau pemberi pajak membawa guaman bagi pelaksanaan spesifik kontrak itu, dan guaman itu ditolak atas alasan hak milik tidak sempurna, defendan mempunyai hak kepada pengembalian depositnya (jika ada) dengan bunga ke atasnya, kepada kos guamannya, dan kepada suatu lien bagi deposit, bunga, dan kos dalam kepentingan penjual atau pemberi pajak atas harta yang dipersetujui untuk dijual atau disewakan itu.
Kuasa untuk mengawardkan pampasan dalam kes yang tertentu