Malaysia legislation

Section 19

of AKTA RELIF SPESIFIK 1950

Seksyen 19

Relief Spesifik 17

Sesuatu kontrak, jika sebaliknya sesuai untuk dikuatkuasakan secara spesifik, boleh dikuatkuasakan, walaupun suatu jumlah dinamakan di dalamnya sebagai amaun yang kena dibayar dalam hal kemungkirannya, dan pihak yang ingkar sanggup membayar amaun itu.

A berkontrak untuk memberi B suatu pajakan kecil harta yang dipegang oleh A di bawah C, dan bahawa A akan memohon kepada C suatu lesen yang diperlukan untuk mengesahkan pajakan kecil itu, dan bahawa, jika lesen itu tidak didapati, A akan membayar kepada B sebanyak RM10,000. A enggan memohon lesen itu dan menawarkan untuk membayar kepada B sebanyak

RM10,000. B walau bagaimanapun berhak untuk menguatkuasakan kontrak itu secara spesifik jika C bersetuju untuk memberikan lesen itu.

Kontrak yang tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik