Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik
(a)
sesuatu kontrak yang jika tidak dilaksanakan, pampasan wang adalah relief yang mencukupi;
A berkontrak untuk menjual, dan B berkontrak untuk membeli, RM10,000
atas pinjaman sebanyak empat peratus daripada Bandar raya Pulau Pinang;
A berkontrak untuk menjual, dan B berkontrak untuk membeli 40 pikul kopi dengan harga RM30 sepikul;
Relief Spesifik 19
Sebagai balasan bagi harta tertentu yang telah dipindahmilikkan oleh A kepada B, B berkontrak untuk membuka suatu kredit bagi faedah A setakat
RM10,000, dan untuk membayar draf A sebanyak amaun itu:
Kontrak di atas tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik, kerana dalam keadaan pertama dan kedua, kedua-dua A dan B, dan dalam keadaan ketiga,
A akan dibayar ganti melalui pampasan dalam bentuk wang.
(b)
sesuatu kontrak mengenai butiran yang kecil atau banyak, atau yang bergantung kepada kelayakan persendirian atau kemahuan pihak atau sebaliknya kontrak itu terdiri daripada jenis yang mahkamah tidak dapat menguat kuasakan pelaksanaan spesifik bagi termanya yang material;
(a)
A berkontrak untuk memberikan perkhidmatan persendirian kepada B;
A berkontrak untuk mengambil B bekerja atas perkhidmatan persendirian;
A, seorang pengarang, berkontrak dengan B seorang penerbit, untuk menyelesaikan sesuatu kerja kesusasteraan;
B tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik bagi kontrak ini.
(b)
A berkontrak untuk membeli perniagaan B dengan amaun yang penilaiannya akan dibuat oleh dua orang penilai, seorang akan dinamakan oleh A dan yang seorang lagi akan dinamakan oleh B. A dan B masing-masing menamakan seorang penilai tetapi sebelum penilaian dibuat, A mengarahkan penilainya supaya jangan meneruskan penilaian itu;