Malaysia legislation

Section 21

of AKTA RELIF SPESIFIK 1950

Seksyen 21

(2)

Berikut ialah kes yang mahkamah boleh menjalankan suatu budi bicara dengan sepatutnya untuk tidak mendekrikan pelaksanaan spesifik:

(a)

jika hal keadaan yang di bawahnya kontrak dibuat menjadikan plaintif mendapat faedah yang tidak adil jika dibandingkan dengan defendan, walaupun tidak ada fraud atau salah nyataan pada pihak plaintif; dan

(a)

A berkontrak untuk menjual kepada B, kepentingan C dalam stok perdagangan yang tertentu. Adalah ditetapkan bahawa jualan itu akan menguntungkan walaupun ternyata kepentingan C itu tidak bernilai langsung.

Pada hakikatnya, nilai kepentingan C bergantung kepada keputusan akaun perkongsian yang tertentu, di mana dia banyak berhutang kepada pekongsinya.

Keberhutangan ini diketahui oleh A tetapi tidak oleh B. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada A.

(b)

A berkontrak untuk menjual dan B berkontrak untuk membeli tanah tertentu. Untuk melindungi tanah itu daripada banjir, perlu bagi pemunyanya untuk menyenggara suatu tambak yang mahal. B tidak tahu akan hal keadaan ini dan A merahsiakannya daripada B. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada A.

Relief Spesifik 23

(c)

Harta A telah dicadangkan untuk dilelong. B meminta C, wakil A untuk membuat tawaran baginya. C melakukan ini dengan tidak sengaja dan dengan suci hati. Orang yang hadir, apabila melihat wakil penjual itu membuat tawaran, menyangka bahawa dia hanya memperbesar-besarkan perkara itu dan berhenti untuk bersaing. Lot itu dijual kepada B pada suatu harga yang rendah. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada

(b)

jika pelaksanaan sesuatu kontrak itu akan melibatkan sesuatu kesusahan ke atas defendan yang tidak dijangka olehnya, sedangkan ketidaklaksanaan kontrak itu tidak akan melibatkan kesusahan sedemikian kepada plaintif.

(a)

A dan B, pemegang amanah, bersama-sama benefisiari mereka C, dalam suatu kontrak untuk menjual harta amanah kepada D, dan secara sendiri bersetuju untuk melepaskan harta pusaka itu daripada bebanan berat yang harta pusaka itu tertakluk. Wang pembelian itu tidak mencukupi untuk melepaskan bebanan itu, walaupun pada tarikh kontrak itu, penjual percaya yang ia mencukupi. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada D.

(b)

A berkontrak dengan B untuk menjual kepadanya tanah tertentu, dan untuk membuat suatu jalan menuju ke tanah itu, dari suatu stesen kereta api yang tertentu. Kemudiannya didapati bahawa A tidak boleh membuat jalan itu tanpa mendedahkan dirinya kepada litigasi. Pelaksanaan spesifik bahagian kontrak yang berhubungan dengan jalan itu boleh ditolak daripada diberi kepada B, walaupun boleh diputuskan bahawa dia berhak kepada pelaksanaan spesifik bagi bahagian kontrak yang selebihnya dengan pampasan bagi kerugian jalan itu.

(c)

A penerima pajak lombong berkontrak dengan B pemberi pajak, bahawa pada bila-bila masa, semasa penerusan pajakan itu, B boleh memberikan notis tentang hasratnya untuk mengambil jentera dan loji yang digunakan di dalam dan di sekitar lombong itu, dan barang yang dinyatakan dalam notis hendaklah dihantar serah kepada B pada suatu penilaian pada masa tamat tempoh pajakan itu. Kontrak sedemikian mungkin amat memudaratkan perniagaan penerima pajak itu dan pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada B.

(d)

A berkontrak dengan B untuk membeli dari kilang B dan tidak di tempat lain semua barangan daripada kelas tertentu yang digunakan oleh A dalam perdagangannya. Mahkamah tidak boleh memaksa B untuk membekalkan barangan itu, tetapi jika dia tidak membekalkan barangan itu, A mungkin mendapat kesusahan, melainkan jika dia dibenarkan untuk membeli barangan itu dari tempat lain. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada B.

24

Undang-Undang Malaysia

(3)

Kes yang baginya mahkamah boleh menggunakan budi bicara dengan sepatutnya untuk mendekrikan pelaksanaan spesifik ialah apabila plaintif telah melakukan perbuatan yang substansial atau telah mengalami kerugian akibat daripada suatu kontrak yang boleh diberi pelaksanaan spesifik.

A menjual tanah kepada sebuah syarikat kereta api, yang berkontrak untuk menyempurnakan kerja tertentu bagi kemudahan A. Syarikat itu mengambil tanah itu dan menggunakannya untuk jalan kereta api syarikat berkenaan.

Pelaksanaan spesifik kontrak untuk menyempurnakan kerja tertentu itu hendaklah didekrikan kepada A.

Bagi siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik

Siapa boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik

Section 21 — SPECIFIC RELIEF ACT 1950 | mylaw.my