Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak tidak boleh dikuatkuasakan dengan memihak kepada seseorang—
(a)
yang tidak boleh mendapat pampasan bagi kemungkirannya;
A, yang memang biasa baginya bertindak sebagai ejen bagi B, membuat suatu perjanjian dengan C untuk mambeli rumah C. A sebenarnya tidak bertindak sebagai ejen bagi B tetapi bertindak bagi pihaknya sendiri. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak ini.
(b)
yang telah menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan atau melanggar mana-mana terma penting kontrak itu yang di pihaknya masih belum dilaksanakan;
(a)
A berkontrak untuk menjual sebuah rumah kepada B dan menjadi penyewa bagi rumah itu bagi tempoh empat belas tahun dari tarikh penjualan atas suatu sewa tahunan yang tertentu. A menjadi tidak solven. Dia atau pegawai penerima estetnya tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu.
(b)
A berkontrak untuk menjual kepada B sebuah rumah dan taman yang di dalamnya terdapat pokok perhiasan, suatu elemen material dari segi nilai harta itu sebagai tempat kediaman. A, tanpa persetujuan B, memotong pokok itu. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu.
(c)
A, yang memegang tanah di bawah suatu kontrak dengan B untuk suatu pajakan telah melakukan pembaziran, atau memperlakukan tanah itu dengan cara yang tidak menjimatkan. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu.
(d)
A berkontrak untuk menyewa sebuah rumah yang belum siap dan B berkontrak untuk menyiapkan rumah itu dan pajakan itu mengandungi waad di pihak A untuk menjaga rumah itu dalam keadaan baik. B menyiapkan rumah itu dengan cara yang tidak sempurna: B tidak boleh menguatkuasakan kontrak itu secara spesifik, walaupun A dan B boleh mendakwa antara satu sama lain untuk pampasan bagi kemungkiran kontrak itu.
(c)
yang telah memilih remedinya dan mendapat penyelesaian bagi kemungkiran kontrak yang didakwakan itu; atau 26
Undang-Undang Malaysia
A berkontrak untuk menyewakan sebuah rumah bagi suatu tempoh dan pada kadar sewa yang ditetapkan dan B berkontrak untuk menyewa rumah itu. B enggan melaksanakan kontrak itu. A sesudah itu membawa guaman untuk, dan mendapatkan pampasan bagi kemungkiran kontrak itu. A tidak boleh mendapat pelaksanaan spesifik kontrak itu.
(d)
yang, terdahulu daripada kontrak itu, telah mengetahui bahawa suatu penyelesaian hal perkara kontrak itu
(walaupun tidak berasaskan apa-apa balasan berharga)
telah dibuat dan kemudiannya dikuatkuasakan.
Kontrak untuk menjual harta oleh seseorang yang tidak mempunyai hak milik, atau yang merupakan pemberi sukarela 24.
Sesuatu kontrak bagi penjualan atau penyewaan harta, sama ada harta alih atau tak alih, tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik yang memihak kepada penjual atau pemberi pajak—
(a)
yang, mengetahui dirinya tidak mempunyai apa-apa hak milik terhadap harta itu, telah berkontrak untuk menjual atau menyewa harta itu;
(b)
yang, walaupun dia membuat kontrak dengan mempercayai bahawa dia mempunyai hak milik yang sah terhadap harta itu; tidak boleh, pada masa yang ditetapkan oleh pihak atau oleh mahkamah bagi menyempurnakan penjualan atau penyewaan itu, memberi pembeli atau penerima pajak suatu hak milik yang bebas daripada keraguan munasabah;
atau
(c)
yang, sebelum membuat kontrak itu, telah membuat suatu penyelesaian (walaupun tidak berasaskan apa-apa balasan berharga) mengenai hal perkara kontrak itu.
(a)
A, tanpa kebenaran daripada C, berkontrak untuk menjual kepada B suatu estet yang A ketahui adalah kepunyaan C. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak ini, walaupun C bersedia untuk mengesahkannya.
(b)
A, atas dasar kasih sayang semula jadi, membuat penyelesaian harta tertentu kepada adik-beradik lelaki dan zuriat mereka, dan kemudian membuat suatu kontrak untuk menjual harta itu kepada orang yang tidak dikenali. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak ini supaya mengatasi penyelesaian itu dan dengan demikian menjejaskan kepentingan orang yang menuntut di bawahnya.
Relief Spesifik 27
Bagi siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara
Spesifik, kecuali dengan suatu Pengubahan
Ketidakkuatkuasaan kecuali dengan pengubahan