Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Jika seseorang plaintif meminta pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak secara bertulis, yang kepadanya defendan menyediakan suatu pengubahan, plaintif tidak boleh mendapat pelaksanaan yang diminta itu, kecuali dengan pengubahan yang disediakan itu, dalam kes yang berikut, iaitu:
(a)
jika disebabkan fraud atau silap fakta, kontrak yang pelaksanaannya diminta dari segi termanya berlainan daripada apa yang defendan anggapkan apabila dia membuat kontrak itu;
(b)
jika disebabkan fraud, silap fakta atau secara mengejut, defendan membuat suatu kontrak di bawah salah faham yang munasabah akan kesannya di antara dirinya dan plaintif;
(c)
jika defendan dengan mengetahui terma kontrak dan memahami kesannya, telah membuat kontrak itu dengan bergantung kepada beberapa salah nyataan oleh plaintif, atau atas beberapa ketentuan di pihak plaintif, yang menambah kepada kontrak itu, tetapi yang dia enggan memenuhinya;
(d)
jika tujuan pihak itu untuk mengemukakan suatu keputusan undang-undang yang tertentu, yang kontrak itu sebagaimana dirangka tidak dikira boleh mengemukakannya; dan
(e)
jika pihak, berikutan dengan penyempurnaan kontrak itu, telah berkontrak untuk mengubahnya.
(a)
A, B dan C menandatangani suatu tulisan yang dengannya mereka tiap-tiap seorang bertujuan membuat satu bon RM1,000 kepada D. Dalam suatu guaman oleh D untuk menjadikan A, B dan C bertanggungan secara berasingan setiap seorang setakat RM1,000, mereka membuktikan bahawa perkataan “setiap seorang” telah dimasukkan dengan silap; bahawa niat mereka ialah mereka sepatutnya memberikan satu bon bersama sebanyak RM1,000.
D boleh mendapatkan pelaksanaan yang diminta hanya dengan pengubahan yang dibuat itu.
28
Undang-Undang Malaysia
(b)
A berkontrak secara bertulis untuk menyewakan kepada B suatu dermaga, bersama dengan sejalur tanah kepunyaan A yang ditandakan di atas suatu peta. Sebelum menandatangani kontrak itu, B mencadangkan secara lisan yang dia bebas untuk menggantikan jalur yang disebutkan dalam kontrak itu dengan jalur yang lain bagi tanah A itu yang sama dimensinya, dan dalam hal ini A bersetuju secara nyata tentang perkara ini. B kemudiannya menandatangani kontrak bertulis itu, A tidak boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik kontrak bertulis itu kecuali dengan pengubahan yang dibuat oleh B.
(c)
A berkontrak secara bertulis untuk menyewakan sebuah rumah kepada
B, bagi tempoh yang tertentu, pada kadar sewa sebanyak RM100 sebulan, dengan dibaiki terlebih dahulu rumah itu supaya berada dalam keadaan yang masih boleh disewakan. Rumah itu didapati tidak berfaedah untuk dibaiki, oleh itu dengan persetujuan B, A merobohkan rumah itu dan mendirikan sebuah rumah baru di atas tempat itu. B berkontrak secara lisan untuk membayar sewa sebanyak RM120 sebulan. B kemudiannya membawa guaman untuk menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak bertulis itu. Dia tidak boleh menguatkuasakannya kecuali dengan pengubahan yang dibuat melalui kontrak lisan yang berikutnya itu.
Terhadap siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik
Relief terhadap pihak dan orang yang menuntut di bawahnya dengan hak milik berikutnya