Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Bab ini, pelaksanaan spesifik kontrak boleh dikuatkuasakan terhadap—
(a)
salah satu pihak kepada kontrak;
(b)
mana-mana orang lain yang menuntut di bawah suatu pihak kepada kontrak itu melalui suatu hak milik yang timbul selepas kontrak itu, kecuali penerima pindah hak milik bagi nilaian yang telah membayar wangnya dengan suci hati dan tanpa notis tentang kontrak asal itu;
(a)
A berkontrak untuk memindahhakkan tanah tertentu kepada B pada suatu hari tertentu. A mati tidak berwasiat sebelum hari itu tanpa memindahhakkan tanah itu. B boleh memaksa waris A atau wakil lain yang berkepentingan untuk melaksanakan kontrak itu secara spesifik.
(b)
A berkontrak, sebagai balasan sebanyak RM1,000, untuk membekueskan tanahnya yang tertentu kepada B. Sebaik selepas kontrak itu, A mati tidak berwasiat, dan C mengambil pentadbiran harta pusaka A. B boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu terhadap C.
Relief Spesifik 29
(c)
A berkontrak untuk menjual tanah tertentu kepada B. Sebelum kontrak itu selesai, A mendapat sakit otak, dan C dilantik menjadi jawatankuasanya.
B boleh menguatkuasakan secara spesifik kontrak itu terhadap C.
(c)
mana-mana orang yang menuntut di bawah suatu hak milik yang, walaupun sebelum kontrak itu dan diketahui oleh plaintif, mungkin telah digantikan oleh defendan;
(d)
apabila sesuatu syarikat awam telah membuat suatu kontrak dan kemudiannya telah disatukan dengan syarikat awam lain, syarikat baru yang muncul daripada penyatuan itu;
dan
(e)
apabila penaja sesuatu syarikat awam telah, sebelum pemerbadanannya membuat suatu kontrak, syarikat itu:
Dengan syarat bahawa syarikat itu telah meratifikasi dan menerima pakai kontrak itu dan kontrak itu dibenarkan oleh terma pemerbadanan itu.
Terhadap siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik
Pihak yang tidak boleh dipaksa untuk melaksanakan kontrak