Malaysia legislation

Section 30

of AKTA RELIF SPESIFIK 1950

Seksyen 30

Apabila, disebabkan fraud atau kesilapan bersama pihak, sesuatu kontrak atau surat cara bertulis yang lain tidak menyatakan dengan sebenar niat mereka, salah satu pihak, atau wakilnya yang berkepentingan, boleh memulakan suatu guaman supaya surat cara itu dibetulkan: dan jika mahkamah mendapati bahawa ia dibuktikan dengan jelas terdapat fraud atau kesilapan dalam merangka surat cara itu, dan menentukan niat sebenar pihak itu semasa menyempurnakan surat cara itu, mahkamah boleh atas budi bicaranya membetulkan surat cara itu untuk menyatakan niat itu, setakat yang pembetulan boleh dilakukan tanpa menjejaskan hak yang diperoleh oleh orang ketiga dengan suci hati dan bagi nilai.

(a)

A, yang bercadang untuk menjual rumahnya dan satu daripada tiga buah gudang berhampiran dengan rumahnya kepada B, menyempurnakan suatu pemindahhakan yang disediakan oleh B, yang di dalamnya, melalui fraud oleh B, kesemua tiga gudang telah dimasukkan. Daripada dua gudang yang telah dimasukkan secara fraud itu, B memberi satu gudang kepada C dan menyewakan yang satu gudang lagi kepada D, bagi suatu sewaan, C dan

D tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai fraud itu. Pemindahhakan itu boleh dibetulkan terhadap B dan C, supaya dikeluarkan daripadanya gudang yang diberikan kepada C, tetapi ia tidak boleh dibetulkan sehingga menjejaskan pajakan D.

(b)

Melalui suatu penyelesaian perkahwinan, A, bapa kepada B, bakal isteri, berwaad dengan C, bakal suami untuk membayar kepada C, wasinya, pentadbirnya dan menyerahhakkan semasa hayat A suatu anuiti sebanyak

RM5,000. C mati secara tidak solven dan pegawai pemegang harta menuntut anuiti itu daripada A. Mahkamah, apabila mendapati dengan bukti yang jelas bahawa pihak itu sentiasa berniat bahawa anuiti ini patut dibayar sebagai suatu keperluan untuk B dan anak-anaknya, boleh membetulkan penyelesaian itu dan mendekrikan bahawa pegawai penerima itu tidak mempunyai hak kepada mana-mana bahagian anuiti itu.

Anggapan tentang niat pihak