Malaysia legislation

Section 34

of AKTA RELIF SPESIFIK 1950

Seksyen 34

(a)

jika kontrak itu boleh batal atau boleh ditamatkan oleh plaintif;

(b)

jika kontrak itu menyalahi undang-undang atas sebab yang tidak jelas pada zahirnya, dan defendan dipersalahkan lebih daripada plaintif; dan

Relief Spesifik 33

(c)

jika suatu dekri untuk pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak jualan, atau kontrak untuk mengambil sesuatu pajakan, telah dibuat, dan pembeli atau penerima pajak telah ingkar membayar wang pembelian atau jumlah wang lain yang mahkamah telah memerintahkannya supaya membayar.

(2)

Apabila pembeli atau penerima pajak ada dalam miliknya hal perkara itu, dan mahkamah mendapati pemilikannya itu salah, mahkamah boleh juga memerintahkannya supaya membayar kepada penjual atau pemberi pajak itu sewaan dan keuntungan, jika ada, yang diterima olehnya sebagai pemilik.

Dalam hal yang sama, mahkamah boleh, melalui perintah dalam guaman di dalamnya dekri telah dibuat dan tidak dipatuhi, menamatkan kontrak itu, sama ada setakat pihak yang ingkar, atau kesemuanya, mengikut kehendak keadilan kes itu.

Penamatan kerana kesilapan