Malaysia legislation

Section 36

of AKTA RELIF SPESIFIK 1950

Seksyen 36

Permohonan alternatif bagi penamatan dalam guaman untuk pelaksanaan spesifik

Seseorang plaintif yang memulakan suatu guaman bagi pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak secara bertulis boleh memohon secara alternatif bahawa, jika kontrak itu tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik, ia boleh ditamatkan dan diserahkan untuk dibatalkan;

dan jika mahkamah enggan menguatkuasakan kontrak itu secara spesifik, mahkamah boleh mengarahkan supaya ia ditamatkan dan diserahkan dengan sewajarnya.