Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(2)
Jika surat cara itu telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran dokumen, mahkamah hendaklah juga menghantar satu salinan dekrinya kepada pegawai yang di pejabatnya surat cara itu telah didaftarkan; dan pegawai itu hendaklah mencatatkan di atas salinan surat cara yang terkandung di dalam bukunya fakta tentang pembatalan surat cara itu.
(a)
A, pemunya sebuah kapal, dengan menyatakan secara tipuan bahawa kapal itu layak layar, mendorong B seorang pengunderait untuk menginsuranskan kapal itu. B boleh mendapatkan pembatalan polisi itu.
(b)
A memindahhakkan tanah kepada B yang membekueskannya kepada
C dan B mati. Kemudiannya D mendapat milikan tanah itu dan mengemukakan suatu surat cara palsu yang menyatakan bahawa pemindahhakan itu telah dibuat kepada B sebagai amanah untuknya. C boleh mendapatkan pembatalan surat cara palsu itu.
(c)
A bersetuju untuk menjual dan menghantarserahkan sebuah kapal kepada B, yang hendaklah dibayar oleh B apabila menerima empat bil pertukaran, yang berjumlah sebanyak RM30,000 untuk dikeluarkan oleh A ke atas B. Bil itu dikeluarkan dan diterima, tetapi kapal itu tidak dihantarserahkan menurut perjanjian itu. A mendakwa B atas salah satu daripada bil itu. B boleh mendapatkan pembatalan kesemua bil itu.
Surat cara yang boleh dibatalkan sebahagiannya