Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(2)
Apabila sesuatu obligasi sedemikian timbul daripada kontrak, mahkamah hendaklah berpandukan kepada kaedah-kaedah dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Bab II.
(3)
Apabila defendan melanggar atau mengancam untuk melanggar hak plaintif terhadap, atau untuk menikmati harta, mahkamah boleh memberikan suatu injunksi berkekalan dalam kes yang berikut, iaitu:
(a)
jika defendan ialah pemegang amanah harta bagi plaintif;
(b)
jika tidak ada standard bagi menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan atau mungkin disebabkan oleh pelanggaran itu;
(c)
jika pelanggaran itu dalam keadaan bahawa pampasan kewangan tidak akan dapat memberi relief yang mencukupi;
(d)
jika pampasan kewangan barangkali tidak boleh didapati bagi pelanggaran itu; dan
(e)
jika injunksi itu adalah perlu untuk mencegah berbilangnya prosiding kehakiman.
Huraian—Bagi maksud seksyen ini suatu tanda niaga adalah harta.
(a)
A, menyewakan tanah tertentu kepada B, dan B berkontrak tidak akan menggali pasir atau batu kelikir dari tanah itu. A boleh mendakwa bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang B daripada menggali dengan melanggar kontraknya.
(b)
Seorang pemegang amanah mengancam hendak pecah amanah.
Pemegang amanah bersamanya, jika ada, hendaklah, dan pemunya benefisial boleh membawa guaman untuk mendapatkan suatu injunksi bagi mencegah pecah amanah itu.
(c)
Pengarah suatu syarikat awam bercadang hendak membayar dividen daripada modal atau wang pinjaman. Mana-mana pemegang syer boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang mereka.
(d)
Pengarah syarikat insurans kebakaran dan nyawa bercadang hendak melibatkan diri dalam insurans laut. Mana-mana pemegang syer boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang mereka.
Relief Spesifik 41
(e)
A, seorang wasi, melalui salah laku atau ketidaksolvenan, membawa harta si mati dalam bahaya. Mahkamah boleh memberikan injunksi untuk menghalangnya daripada mengumpulkan aset itu.
(f)
A, pemegang amanah bagi B, bercadang membuat suatu penjualan yang kurang bijak atas sebahagian kecil harta amanah itu. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang penjualan itu, walaupun pampasan dalam bentuk wang akan dapat memberi B relief yang mencukupi.
(g)
A membuat suatu penyelesaian (tidak berasaskan perkahwinan atau balasan berharga yang lain) mengenai suatu estet ke atas B dan anak-anaknya.
A kemudiannya berkontrak untuk menjual estet itu kepada C. B atau mana-mana anaknya boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang penjualan itu.
(h)
Dalam penjalanan pekerjaan A sebagai seorang peguam cara, beberapa dokumen kepunyaan kliennya, B, berada dalam miliknya. A mengancam untuk mendedahkan dokumen ini kepada awam, atau untuk menyampaikan kandungan dokumen itu kepada orang yang tidak dikenali. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian.
(i)
A adalah penasihat perubatan B. Dia menuntut wang daripada B yang
B enggan untuk membayar. A kemudian mengancam untuk memberitahu kesan komunikasi B dengannya sebagai seorang pesakit. Ini bertentangan dengan kewajipan A, dan B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian.
(j)
A, pemunya dua buah rumah yang terletak bersebelahan, menyewakan satu kepada B dan selepas itu menyewakan yang satu lagi itu kepada C. A dan C mula membuat pengubahan dalam rumah yang disewakan kepada C yang akan menghalang nikmat keselesaan rumah yang disewakan kepada B.
B boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang mereka daripada berbuat demikian.
(k)
A menyewakan beberapa tanah suai tani kepada B bagi maksud pertanian, tetapi tanpa apa-apa kontrak nyata mengenai cara penanaman. Bertentangan dengan cara penanaman adat dalam daerah itu, B mengancam untuk menyemai tanah itu dengan benih yang boleh merosakkan tanah itu dan yang memerlukan beberapa tahun untuk memusnahkannya. A boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang B daripada menyemai tanah itu dengan melanggar kontrak tersiratnya untuk menggunakannya mengikut cara corak pertanian.
(l)
A, B dan C adalah pekongsi, yang perkongsian itu boleh ditamatkan atas kehendak mereka sendiri. A mengancam untuk melakukan perbuatan yang bercenderungan untuk memusnahkan harta perkongsian itu. B dan C, tanpa meminta pembubaran perkongsian itu, boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada melakukan perbuatan itu.
42
Undang-Undang Malaysia
(m)
A, pemunya beberapa buah rumah di Klang, menjadi tidak solven. B membeli rumah itu daripada Pegawai Pemegang Harta bagi estet A dan mendapat milikan. A berterusan menceroboh dan merosakkan rumah itu, dan oleh sebab itu B terpaksa, dengan perbelanjaan yang banyak, mengambil kerja beberapa orang untuk melindungi pemilikan itu. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang perbuatan pencerobohan yang selanjutnya.
(n)
A, dalam suatu guaman pentadbiran yang mengenainya seorang pemiutang, B, bukan suatu pihak, mendapat suatu dekri untuk mentadbir aset
C, B meneruskan tindakan terhadap estet C bagi mendapatkan hutangnya. A boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang
(o)
A dan B mempunyai milikan ke atas tanah yang bersebelahan dan lombong di bawahnya. A mengerjakan lombongnya sehingga ke bawah lombong
B dan mengancam untuk memindahkan beberapa tiang yang menopang lombong
B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang
A daripada berbuat demikian.
(p)
A membunyikan loceng atau membuat beberapa bunyi bising lain yang tidak perlu, terlalu dekat dengan sebuah rumah sehingga mengganggu secara material dan dengan tidak munasabah keselesaan fizikal penghuninya iaitu B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang
A daripada membuat bunyi bising itu.
(q)
A mencemarkan udara dengan asap mengganggu pada materialnya keselesaan fizikal B dan C yang menjalankan perniagaan di sebuah rumah yang berdekatan. B dan C boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang pencemaran itu.
(r)
A melanggar paten B. Jika mahkamah berpuas hati bahawa paten itu adalah sah dan telah dilanggar, B boleh mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang pelanggaran itu.
(s)
A mencetak rompak hakcipta B. B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang cetak rompak itu melainkan jika kerja yang hak ciptanya dituntut itu adalah berunsur fitnah atau lucah.
(t)
A menggunakan secara tidak wajar tanda niaga B. B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang pengguna itu, dengan syarat bahawa penggunaan tanda niaga itu oleh B adalah jujur.
(u)
A, seorang pekedai mengemukakan B sebagai pekongsinya bertentangan dengan kehendak dan tanpa kebenaran B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian.
(v)
A, seorang yang terkemuka, menulis surat mengenai topik kekeluargaan kepada B. Selepas kematian A dan B, C yang merupakan penerima legasi bakian kepada B, bercadang untuk mendapatkan wang dengan menyiarkan surat A. D, yang menjadi wasi A, mempunyai harta dalam surat itu, dan boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang C daripada menyiarkan surat itu.
Relief Spesifik 43
(w)
A menjalankan suatu kilang dan B adalah pembantunya. Dalam penjalanan perniagaannya, A menyampaikan kepada B suatu proses rahsia yang bernilai. B selepas itu meminta wang A dan mengancam, jika dia enggan, B akan mendedahkan proses itu kepada C seorang pengilang saingannya.
A boleh mendakwa bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang B daripada mendedahkan proses itu.
Injunksi mandatori