Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Undang-Undang Malaysia
Apabila, demi untuk mencegah pelanggaran sesuatu obligasi, adalah perlu untuk memaksa pelaksanaan perbuatan tertentu yang mahkamah boleh menguatkuasakannya, mahkamah boleh atas budi bicaranya memberikan injunksi untuk mencegah pelanggaran yang diadukan itu, dan juga untuk memaksa pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu.
(a)
A, dengan bangunan baru, menghalang cahaya daripada masuk dan digunakan oleh B yang mengenainya B telah memperoleh hak melalui preskripsi.
B boleh mendapatkan injunksi, bukan sahaja untuk menghalang A daripada meneruskan dengan bangunan itu, tetapi juga untuk merobohkan sekian banyak daripada bangunan itu yang menghalang cahaya B.
(b)
A membina sebuah rumah dengan cucur atap mengunjur ke atas tanah
B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk merobohkan sekian banyak cucur atap yang mengunjur ke atas tanahnya itu.
(c)
Dalam hal seperti dalam misalan (i) kepada seksyen 52, mahkamah boleh juga memerintahkan supaya semua komunikasi bertulis yang dibuat oleh B, sebagai pesakit, kepada A, sebagai penasihat perubatan, dimusnahkan.
(d)
Dalam hal seperti dalam misalan (v) kepada seksyen 52, mahkamah boleh juga memerintahkan supaya surat A dimusnahkan.
(e)
A mengancam untuk menyiarkan pernyataan mengenai B yang boleh dihukum di bawah Bab XXI Kanun Keseksaan [Akta 574]. Mahkamah boleh memberikan suatu injunksi untuk menghalang penyiaran itu, walaupun ia kelihatan tidak akan memudaratkan harta B.
(f)
A, sebagai penasihat perubatan B, mengancam untuk menyiarkan komunikasi bertulis B dengannya, yang menunjukkan bahawa B telah melalui suatu kehidupan yang tidak bermoral. B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang penyiaran itu.
(g)
Dalam hal seperti dalam misalan (s) dan (t) kepada seksyen 52, dan misalan (e) dan (f) kepada seksyen ini, mahkamah boleh juga memerintahkan supaya salinan yang dikemukakan melalui cetak rompak, dan tanda niaga, pernyataan serta komunikasi, yang masing-masing disebut di dalamnya itu, diberi balik atau dimusnahkan.
44
Undang-Undang Malaysia
Bila injunksi ditolak