Malaysia legislation

Section 54

of AKTA RELIF SPESIFIK 1950

Seksyen 54

Injunksi tidak boleh diberi—

(a)

untuk menggantung sesuatu prosiding kehakiman yang belum selesai pada permulaan guaman di mana injunksi itu diminta, melainkan jika halangan sedemikian adalah perlu untuk mencegah prosiding yang berbilang;

(b)

untuk menggantung prosiding dalam sesuatu mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang daripadanya injunksi itu diminta;

(c)

untuk menghalang orang daripada memohon kepada mana-mana badan perundangan;

(d)

untuk mengganggu tugas awam mana-mana jabatan bagi mana-mana Kerajaan di Malaysia, atau perbuatan berdaulat sesebuah Kerajaan asing;

(e)

untuk menggantung prosiding dalam mana-mana perkara jenayah;

(f)

untuk mencegah kemungkiran sesuatu kontrak yang pelaksanaannya tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik;

(g)

untuk mencegah atas alasan kacau ganggu, suatu perbuatan yang adalah tidak semunasabahnya jelas bahawa ia akan menjadi suatu kacau ganggu;

(h)

untuk mencegah sesuatu kemungkiran berterusan yang mengenainya pemohon telah akur;

(i)

apabila relief yang sama baiknya sudah pasti boleh didapati melalui mana-mana cara prosiding biasa yang lain, kecuali dalam kes pecah amanah;

(j)

apabila kelakuan pemohon atau ejennya adalah sedemikian yang tidak menghakkannya mendapat pertolongan mahkamah; atau

(k)

jika pemohon tidak mempunyai kepentingan diri dalam perkara itu.

(a)

A meminta injunksi untuk menghalang pekongsinya, B, daripada menerima hutang perkongsian dan harta benda. Adalah didapati bahawa A telah dengan sendirinya memiliki dengan tidak sepatutnya buku firma itu dan enggan membenarkan B akses kepada buku itu. Mahkamah akan menolak injunksi itu.

Relief Spesifik 45

(b)

A mengeluarkan dan menjual mangkuk pijar, menamakannya sebagai

“paten mangkuk pijar plumbago” walaupun, pada hakikatnya, ia tidak pernah dipatenkan. B mencetak rompak nama itu. A tidak boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang cetak rompak itu.

(c)

A menjual suatu barang bernama “Mexican Balm” yang menyatakan bahawa ia dicampur dengan berbagai pati yang luar biasa, dan mempunyai kualiti ubat yang mujarab. B mula menjual barang yang sama yang kepadanya dia memberikan suatu nama dan perihalan supaya mendorong orang untuk mempercayai bahawa mereka membeli “Mexican Balm” kepunyaan A. A membawa guaman terhadap B bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang penjualan itu. B menunjukkan bahawa “Mexican Balm” kepunyaan

A tidak mengandungi apa-apa selain daripada berbau lemak babi. Penggunaan

A akan perihalannya adalah tidak jujur dan dia tidak boleh mendapat injunksi.

Injunksi untuk melaksanakan perjanjian negatif