Malaysia legislation

Section 55

of AKTA RELIF SPESIFIK 1950

Seksyen 55

Walau apa pun perenggan 54(f), jika sesuatu kontrak mengandungi suatu perjanjian yang membenarkan untuk melakukan perbuatan tertentu, bersama dengan suatu perjanjian negatif, nyata atau tersirat, untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan tertentu, hal keadaan bahawa mahkamah tidak berupaya untuk memaksa pelaksanaan spesifik perjanjian yang membenarkan itu tidak akan menghalang mahkamah memberikan injunksi untuk melaksanakan perjanjian negatif itu:

Dengan syarat bahawa pemohon telah melaksanakan kontrak itu setakat yang ia mengikat dirinya.

(a)

A berkontrak untuk menjual kepada B dengan harga RM1,000 nama baik perniagaan tertentu yang tidak berkaitan dengan premis perniagaan, dan selanjutnya bersetuju tidak akan menjalankan perniagaan itu di Klang. B membayar sebanyak RM1,000 kepada A tetapi A menjalankan perniagaan itu di Klang. Mahkamah tidak boleh memaksa A untuk menghantar pelanggannya kepada B, tetapi B boleh mendapatkan injunksi menghalang A daripada menjalankan perniagaan di Klang.

(b)

A berkontrak untuk menjual nama baik suatu perniagaan kepada B.

A kemudiannya membuka suatu perniagaan yang serupa itu berdekatan dengan kedai B dan memujuk pelanggan lamanya untuk berurusan dengannya. Ini adalah bertentangan dengan kontrak tersiratnya, dan B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada memujuk pelanggan itu, dan daripada melakukan apa-apa perbuatan yang nama baiknya mungkin ditarik balik daripada B.

46

Undang-Undang Malaysia

(c)

A berkontrak dengan B untuk menyanyi selama dua belas bulan di teater B dan tidak akan menyanyi di tempat awam yang lain. B tidak boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik kontrak untuk menyanyi itu, tetapi dia berhak kepada injunksi yang menghalang A daripada menyanyi di mana-mana tempat hiburan awam yang lain.

(d)

B berkontrak dengan A bahawa dia akan berkhidmat dengannya dengan taat selama dua belas bulan sebagai seorang kerani. A tidak berhak kepada suatu dekri pelaksanaan spesifik kontrak ini. Tetapi dia adalah berhak kepada injunksi yang menghalang B daripada berkhidmat dengan rumah saingannya sebagai kerani.

(e)

A berkontrak dengan B bahawa sebagai balasan sebanyak RM1,000

yang kena dibayar kepadanya oleh B pada hari yang ditetapkan, A tidak akan menubuhkan perniagaan tertentu dalam suatu jarak yang ditetapkan. B gagal membayar wang itu. A tidak boleh dihalang daripada menjalankan perniagaan dalam jarak yang ditetapkan itu.

Relief Spesifik 47

Akta 137

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuatkuasa yang meminda dari

L.N. 332/1958

Perintah Perlembagaan 13-11-1958

Persekutuan (Pengubahsuaian

Undang-Undang) (Ordinan dan

Perisytiharan) 1958

Akta A238

Akta Relief Spesifik (Negeri-

01-07-1974

Negeri Melayu) (Pindaan dan

Perluasan) 1974

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975

(Ringgit) 1975

Akta A811

Akta Relief Spesifik (Pindaan)

21-02-1992 1992

48

Undang-Undang Malaysia

Akta 137

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk panjang

Akta A238 01-07-1974 1

Akta A238 01-07-1974 2

Akta A238 01-07-1974 7

Akta A238 01-07-1974

Akta A811 21-02-1992 8

Akta A238 01-07-1974 9

Akta A238 01-07-1974 12

Akta A238 01-07-1974 20

Akta A238 01-07-1974 43

Akta A238 01-07-1974 44

Akta A238 01-07-1974 49

Akta A238 01-07-1974 51

Akta A238 01-07-1974 54

Akta A238 01-07-1974 56

Akta A238 01-07-1974