Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Seseorang yang berhak kepada milikan harta alih spesifik boleh mendapatkannya kembali mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.
Huraian 1—Seseorang pemegang amanah boleh membawa guaman di bawah seksyen ini bagi milikan harta untuk kepentingan benefisial orang yang dia menjadi pemegang amanahnya, yang berhak ke atas harta itu.
Relief Spesifik 11
Huraian 2—Sesuatu hak yang khas atau sementara terhadap milikan harta sekarang memadai untuk menyokong suatu guaman di bawah seksyen ini.
(a)
A menyandarkan beberapa barang kemas kepada B untuk menjamin suatu pinjaman. B melupuskan barang kemas itu sebelum dia berhak berbuat demikian. A, tanpa membayar atau menawarkan untuk membayar jumlah pinjaman itu, membawa tuntutan guaman terhadap B bagi milikan barang kemas itu. Guaman itu harus ditolak kerana A tidak berhak kepada milikan barang kemas itu, walau apa pun hak yang dia mungkin ada untuk menjamin jagaan selamatnya.
(b)
A menerima suatu surat yang dialamatkan kepadanya oleh B. B mendapatkan balik surat itu tanpa persetujuan A. A mempunyai hak kepunyaan terhadap surat itu yang menghakkannya untuk mendapatkannya kembali daripada
(c)
A mendepositkan kepada B buku dan dokumen untuk jagaan selamat.
B menghilangkan buku dan dokumen itu dan C menjumpainya tetapi enggan menyerahkannya balik kepada B apabila diminta. B boleh mendapatkan buku dan dokumen itu daripada C, tertakluk kepada hak C jika ada, di bawah seksyen 121 Akta Kontrak 1950.
(d)
A, seorang penjaga gudang, dituduh kerana menghantarserahkan barangan tertentu kepada Z, yang diambil oleh B daripada milikan A. A boleh membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan barangan itu.
Liabiliti orang yang mempunyai milikan, bukan sebagai pemunya, untuk menghantar serah kepada orang yang berhak kepada milikan serta-merta 10.
Mana-mana orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas barang harta alih yang tertentu, yang dia bukan pemunyanya, boleh dipaksa secara spesifik supaya menghantarserahkan barang itu kepada orang yang berhak kepada pemilikan serta-merta, dalam mana-mana hal yang berikut:
(a)
apabila benda yang dituntut dipegang oleh defendan sebagai ejen atau pemegang amanah pihak menuntut;
A, yang hendak pergi ke Eropah, meninggalkan perabotnya dalam jagaan
B sebagai ejennya semasa ketiadaannya. B, tanpa kebenaran daripada A, menyandarkan perabot itu kepada C, dan C yang mengetahui bahawa B tidak mempunyai hak untuk menyandarkan perabot itu, mengiklankannya untuk dijual. C boleh dipaksa untuk menghantarserahkan perabot itu kepada A, kerana dia memegangnya sebagai pemegang amanah kepada A.
12
Undang-Undang Malaysia
(b)
apabila pampasan dalam bentuk wang tidak dapat memberikan relief yang mencukupi bagi pihak menuntut atas kehilangan benda yang dituntut;
Z telah mendapat milikan suatu patung kepunyaan keluarga A, dan yang
A adalah penjaganya yang sepatutnya. Z boleh dipaksa untuk menghantarserahkan patung itu kepada A.
(c)
apabila sangat sukar untuk menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh kehilangan benda itu; dan
A berhak kepada suatu gambar yang dilukis oleh seorang pelukis yang telah mati dan dua buah pasu yang luar biasa dari negeri China. B mempunyai milikan ke atas barang itu. Barang itu mempunyai sifat yang terlalu istimewa untuk diberikan suatu nilai pasaran yang tertentu. B boleh dipaksa untuk menghantarserahkan barang-barang itu kepada A.
(d)
apabila milikan benda yang dituntut telah dipindahkan hak milik secara salah daripada pihak menuntut.