Malaysia legislation

Section 4

of AKTA JURURAWAT 1950

Seksyen 4

(1)

Hendaklah menjadi kewajipan Lembaga, tertakluk kepada dan menurut Akta ini, untuk mengadakan dan menyimpan suatu daftar (dalam Akta ini disebut “Daftar”) jururawat untuk pesakit.

(2)

Daftar itu hendaklah mengandungi bahagian yang berikut:

(a)

suatu bahagian am yang mengandungi nama semua jururawat yang memenuhi syarat kemasukan ke dalam bahagian itu Daftar itu;

(b)

suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama penolong jururawat;

(c)

suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama jururawat yang terlatih untuk merawat dan menjaga orang yang mengidap penyakit mental dan mengandungi tiga seksyen, satu seksyen bagi jururawat yang dimasukkan ke dalam bahagian am Daftar, satu seksyen bagi penolong jururawat dan satu seksyen lagi bagi jururawat yang tidak dapat dimasukkan dalam salah satu daripada dua seksyen yang lain itu;

(d)

suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama jururawat yang terlatih dalam kesihatan awam;

(e)

suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama jururawat luar bandar di Semenanjung Malaysia;

(f)

suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama jururawat masyarakat di Sarawak;

(g)

suatu bahagian tambahan yang mengandungi nama jururawat kesihatan luar bandar di Sabah; dan

(h)

apa-apa bahagian tambahan lain sebagaimana yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun yang belum lagi didaftarkan dalam bahagian am Daftar boleh didaftarkan di bawah perenggan (d).

(3)

Dalam apa-apa prosiding, suatu perakuan di bawah tandatangan Pengerusi Lembaga yang menyatakan sama ada 014b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 1:00 PM

Jururawat 7

seseorang itu didaftarkan di bawah Akta ini atau tidak adalah menjadi keterangan konklusif bagi fakta itu dan bagi fakta lain yang relevan dengan fakta itu yang mungkin terkandung dalam perakuan itu.

(4)

Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai Daftar hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, disifatkan termasuk sebutan mengenai mana-mana bahagian

Daftar, dan ungkapan “berdaftar” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Peraturan-peraturan