Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Menteri boleh membuat peraturan bagi mana-mana maksud yang berikut:
(a)
untuk mengawal selia pembentukan, penyenggaraan dan penerbitan Daftar;
(b)
untuk mengawal selia syarat kemasukan ke dalam Daftar;
(c)
untuk mengawal selia perjalanan mana-mana peperiksaan yang mungkin ditetapkan sebagai suatu syarat bagi kemasukan ke dalam Daftar dan apa-apa perkara yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu peperiksaan itu;
(d)
untuk menetapkan alasan yang baginya, syarat yang di bawahnya dan cara bagaimana jururawat boleh dikeluarkan dari Daftar, dan tatacara bagi kemasukan semula jururawat yang telah dikeluarkan darinya;
(e)
untuk menetapkan keanggotaan Lembaga dan mengawal selia pemanggilan mesyuarat Lembaga dan prosiding
Lembaga (termasuk kuorum);
(f)
untuk membolehkan Lembaga menubuhkan jawatankuasa dan untuk membenarkan pewakilan mana-mana kuasanya kepada jawatankuasa dan untuk mengawal selia prosiding jawatankuasa (termasuk kuorum);
(g)
untuk menetapkan fi yang kena dibayar; dan
(h)
pada amnya, untuk apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Menteri berpendapat bahawa peruntukan 014b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 1:00 PM
8
Undang-Undang Malaysia patut dibuat bagi menguatkuasakan Akta ini (termasuk pengeluaran perakuan kepada jururawat yang didaftarkan di bawah Akta ini dan berkenaan dengan gelaran yang boleh digunakan dan pakaian seragam atau lencana yang boleh dipakai oleh jururawat berdaftar itu), dan untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki supaya ditetapkan.
(2)
Peraturan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi peruntukan—
(a)
yang menghendaki sebagai suatu syarat bagi kemasukan mana-mana orang ke dalam Daftar bahawa orang itu hendaklah telah menjalani latihan yang ditetapkan, dan hendaklah mempunyai pengalaman yang ditetapkan, untuk merawat pesakit; dan
(b)
yang menghendaki bahawa latihan yang ditetapkan itu hendaklah dijalankan di suatu institusi yang diluluskan oleh Lembaga bagi maksud itu dan menetapkan keperluan bagi kemasukan ke sesuatu institusi itu dan kursus pengajaran yang akan diberikan di institusi itu.
(c)
(Dipotong oleh Akta A486).
(3)
Semua peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dan jika suatu ketetapan diluluskan dalam masa tiga bulan selepas mana-mana peraturan itu dibentangkan di dalam Dewan itu yang menetapkan bahawa peraturan itu atau mana-mana daripadanya hendaklah dibatalkan atau dipinda dengan apa-apa cara jua pun, maka peraturan yang mengenainya ketetapan itu telah dibuat hendaklah, tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan di bawahnya, disifatkan sebagai dibatalkan atau dipinda mulai dari tarikh kelulusan ketetapan itu disiarkan dalam Warta.
Kemasukan orang yang dilatih di luar Malaysia ke dalam daftar