Malaysia legislation

Section 7

of AKTA JURURAWAT 1950

Seksyen 7

(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan pengeluaran namanya dari Daftar boleh, dalam masa tiga bulan selepas tarikh notis telah disampaikan kepadanya oleh Lembaga yang menyatakan namanya telah dikeluarkan sedemikian, merayu terhadap pengeluaran itu kepada Menteri dan atas rayuan itu Menteri boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai perkara itu.

(2)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Lembaga untuk meluluskan sesuatu institusi bagi maksud peraturan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan latihan, boleh merayu terhadap keengganan itu kepada Menteri dan Menteri boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenainya dan Lembaga hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan sedemikian.

Penyampaian notis