Malaysia legislation

Section 4

of AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN 1950-1962

Seksyen 4

(2)

Seseorang yang dilantik menjadi anggota Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun tetapi apabila tempoh perlantikan mana-mana anggota itu tamat, maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri melantiknya semula selama tempoh selanjutnya yang tidak melebihi tiga tahun dan sesudah itu memperbaharui perlantikannya dari semasa ke semasa bagi tempoh yang sama.

(3)

Menteri boleh membuang atau menggantung kerja mana-mana anggota Lembaga dan boleh melantik seorang lain sebagai gantinya atau sebagai ganti mana-mana anggota yang mati, bersara atau yang, pada masa itu, tidak dapat bertindak.

(4)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), apabila terdapat sesuatu kekosongan dalam Lembaga, adalah tidak perlu bagi Menteri mengisi kekosongan itu selagi bilangan anggota Lembaga tidak menjadi kurang daripada tujuh orang. [Akta 21/62, s. 3.]

(5)

Lima orang anggota Lembaga boleh menjadi kuorum dalam mana-mana mesyuarat dan segala perbuatan, perkara atau benda yang dibenarkan atau dikehendaki dilakukan oleh Lembaga boleh diputuskan dengan kelebihan suara dalam mana-mana mesyuarat yang dihadiri oleh kuorum sedemikian.

(6)

Pengerusi hendaklah, apabila hadir, mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat Lembaga, dan dalam masa ketidakhadirannya mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh seorang anggota Lembaga yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir.

8

(7)

Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan sesuatu mesyuarat hendaklah mempunyai hak mengundi mengenai sesuatu soalan dan, sekiranya pembahagian undi didapati sama banyak, dia hendaklah juga mempunyai hak memberi undi pemutus.

(8)

Segala perbuatan yang dilakukan oleh Lembaga adalah, walaupun ada apa-apa kekosongan dalam Lembaga itu atau kemudiannya didapati bahawa ada kecacatan dalam perlantikan seseorang yang dikatakan menjadi anggota Lembaga itu, sama sahnya seolah-olah kekosongan atau kecacatan demikian tidak wujud.

(9)

Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawalselia prosedurnya sendiri dalam mesyuaratnya dan bagi melantik seorang Setiausaha Lembaga dan bagi mengadakan peruntukan mengenai pengambilan dan penjagaan minit mesyuarat Lembaga.