Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Pemansuhan dan kecualian
Ordinan dan Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual tersebut.
Hal terkecuali antara orang yang menganut agama Islam
*13. Akta ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yang menganut agama Islam dan yang isterinya atau yang anak sah tarafnya atau anak
_____________________________________________________________
*CATATAN—Setiap Negeri di Semenanjung Malaysia telah memperbuat undang-undang bahawa Akta ini tidak terpakai dalam hal mana-mana tuntutan bagi nafkah yang dibuat oleh seseorang yang beragama
Islam terhadap seseorang yang beragama Islam, lihat—
Johor—Subseksyen 132(1) En. Joh. 14/1978.
Kedah—Subseksyen 133(1) En. Kd. 9/1962.
Kelantan—Subseksyen 82(1) En. Kel. 1/1966.
Melaka—Subseksyen 131(1) En. Mel. 1/1959.
Negeri Sembilan—Subseksyen 132(1) En. N.S. 15/1960.
Pahang—Subseksyen 137(1) En. Phg. 5/1956.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 263
tidak sah tarafnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, menganut agama Islam, jika di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri itu terdapat peruntukan bagi pembuatan perintah bagi nafkah isteri dan anak-anak, sah taraf dan tidak sah taraf, dan bagi penguatkuasaan perintah itu terhadap orang itu yang menganut agama
Islam.