Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PEREMPUAN BERSUAMI DAN ANAK-ANAK (NAFKAH) 1950

Seksyen 8

Jika pada pendapat mahkamah perkara yang dalam persoalan antara pihak-pihak atau mana-mana daripada pihak-pihak itu boleh diuruskan dengan lebih mudah oleh Mahkamah Tinggi, mahkamah boleh menolak untuk membuat suatu perintah dan dalam hal sedemikian tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusannya:

Dengan syarat sentiasanya bahawa Mahkamah Tinggi atau seorang

Hakim Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai kuasa, melalui perintah dalam mana-mana prosiding di Mahkamah Tinggi yang berhubungan dengan atau yang mengandungi hal perkara yang sama sebagaimana permohonan yang ditolak seperti yang disebut terdahulu atau mana-mana bahagian daripadanya, untuk mengarahkan mahkamah itu atau mendengar semula atau menentukan hal perkara itu.