Malaysia legislation
Section 117
Seksyen 117
Estopel penerima bil pertukaran, baili atau penerima izin
(2)
Tiada baili, ejen atau penerima izin boleh dibenarkan untuk menafikan bahawa bailor, prinsipal atau pemberi izin yang olehnya apa-apa barang telah diamanahkan kepada mana-mana daripada mereka masing-masing berhak ke atas barang-barang itu pada masa barang-barang itu diamanahkan:
Dengan syarat bahawa mana-mana baili, ejen atau penerima izin itu boleh menunjukkan bahawa dia terpaksa menyerahkan mana-mana barang itu kepada seseorang lain yang berhak ke atas barang-barang itu selain bailor, prinsipal atau pemberi izin itu, atau bahawa bailor, prinsipal atau pemberi izin itu telah secara salah dan tanpa memberikan notis kepada baili, ejen atau penerima izin, memperoleh barang-barang itu daripada orang ketiga yang telah menuntut barang tersebut daripada baili, ejen atau penerima izin itu.
Huraian—Penerima sesuatu bil pertukaran boleh menafikan bahawa bil itu telah sebenarnya telah disuruh bayar oleh orang yang olehnya ia berupa sebagai telah disuruh bayar.