Malaysia legislation
Section 165
Seksyen 165
Kuasa Hakim untuk mengemukakan soalan atau memerintahkan pengemukaan
Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta berkaitan, menanyakan apa-apa soalan yang dihasratinya, dalam apa-apa bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada berkaitan atau tidak berkaitan; dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian, atau, tanpa kebenaran mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberikan dalam menjawab mana-mana soalan itu:
(i)
penghakiman itu mestilah berasaskan fakta yang ditetapkan oleh Akta ini sebagai berkaitan dan dibuktikan dengan sewajarnya;
Undang-Undang Malaysia 114
Akta 56
(ii)
seksyen ini tidak membenarkan mana-mana Hakim memaksa mana-mana saksi untuk menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen yang saksi itu berhak untuk enggan menjawab atau mengemukakan di bawah seksyen 121 hingga 131 jika soalan itu ditanya atau dokumen itu diminta oleh pihak menentang; juga Hakim tidak boleh bertanya apa-apa soalan yang tidak wajar ditanya oleh orang lain di bawah seksyen 148 atau 149;
juga dia tidak boleh mengetepikan keterangan primer mengenai mana-mana dokumen , kecuali dalam hal yang dikecualikan terdahulu daripada ini.
Kuasa juri atau pengapit untuk mengemukakan soalan