Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
Watak buruk dahulu tidaklah berkaitan kecuali bagi menjawab
(2)
Seorang yang dipertuduh dan dipanggil sebagai saksi tidak boleh ditanya, dan jika ditanya tidak dikehendaki menjawab, apa-apa soalan yang cenderung menunjukkan bahawa dia telah melakukan, atau telah disabitkan atau dipertuduh atas apa-apa kesalahan selain kesalahan yang dia dipertuduh pada masa itu, atau adalah berwatak buruk melainkan jika—
(a)
bukti bahawa dia telah melakukan atau disabitkan atas kesalahan lain itu, ialah keterangan boleh terima bagi menunjukkan bahawa dia melakukan kesalahan yang dia dipertuduh pada masa itu;
Keterangan 51
(b)
dia sendiri atau melalui peguam belanya telah menyoal saksi bagi pihak pendakwa dengan tujuan hendak membuktikan watak baiknya sendiri, atau telah memberikan keterangan mengenai watak baiknya, atau keadaan atau penjalanan pembelaan adalah sebegitu hingga melibatkan tohmahan atas watak pendakwa atau saksi bagi pihak pendakwa;
atau
(c)
dia telah memberikan keterangan terhadap mana-mana orang lain yang dipertuduh atas kesalahan yang sama.
Huraian 1—Seksyen ini tidak terpakai bagi kes yang dalamnya watak buruk mana-mana orang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.
Huraian 2— Sesuatu sabitan yang dahulu adalah berkaitan sebagai keterangan mengenai watak buruk.
Watak boleh menyentuh ganti rugi