Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak, dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan mana-mana fakta persoalan dalamnya atau yang berkaitan dengannya, dan kelakuan mana-mana orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana-mana prosiding, adalah berkaitan jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.
Huraian 1—Perkataan “kelakuan” dalam seksyen ini tidak termasuk pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan selain pernyataan; tetapi huraian ini tidaklah menyentuh keberkaitan pernyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Akta ini.
Huraian 2—Apabila kelakuan mana-mana orang adalah berkaitan apa-apa pernyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapannya dan dengan didengarinya yang menyentuh kelakuannya adalah berkaitan.
(a)
A dibicarakan kerana membunuh B.
Fakta bahawa A telah membunuh C, bahawa B tahu A telah membunuh
C dan bahawa B telah cuba memeras wang daripada A dengan mengancam hendak menghebahkan apa yang diketahuinya adalah berkaitan.
(b)
A membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan pembayaran wang berasaskan suatu bon. B menafikan bon itu dibuat.
Fakta bahawa pada masa bon itu dikatakan telah dibuat B memerlukan wang bagi suatu maksud tertentu adalah berkaitan.
Keterangan 21
(c)
A dibicarakan kerana membunuh B dengan racun.
Fakta bahawa sebelum kematian B, A telah memperoleh racun yang serupa dengan racun yang telah diberikan kepada B adalah berkaitan.
(d)
Soalnya adalah sama ada sesuatu dokumen tertentu ialah wasiat A.
Fakta bahawa tidak lama sebelum tarikh wasiat yang dikatakan itu, A telah bertanyakan perkara yang berkaitan dengan peruntukan dalam wasiat yang dikatakan itu, bahawa dia telah berunding dengan peguam berkenaan dengan pembuatan wasiat itu, dan bahawa dia telah menyebabkan draf wasiat lain disediakan yang tidak dipersetujuinya, adalah berkaitan.
(e)
A dituduh melakukan suatu jenayah.
Fakta bahawa sama ada sebelum atau pada masa atau selepas jenayah yang dikatakan itu, A memberikan keterangan yang cenderung menjadikan fakta kes itu tampak berfaedah bagi dirinya, atau bahawa dia telah memusnahkan atau menyembunyikan keterangan atau telah menahan orang yang mungkin menjadi saksi daripada hadir atau telah menyebabkan orang itu tidak hadir, atau telah mencucuk orang supaya memberikan keterangan palsu berkenaan dengan jenayah itu adalah berkaitan.
(f)
Soalnya adalah sama ada A telah merompak B.
Fakta bahawa selepas B dirompak, C telah berkata di hadapan A: “Polis akan datang mencari orang yang telah merompak B” dan bahawa A telah lari serta-merta selepas itu adalah berkaitan.
(g)
Soalnya adalah sama ada A berhutang RM10,000 dengan B.
Fakta bahawa A telah meminta C meminjamkannya wang, dan bahawa D berkata kepada C di hadapan dan dengan didengari oleh A: “Saya nasihatkan anda supaya jangan mempercayai A, kerana dia berhutang RM10,000 dengan
B” dan bahawa A telah pergi dari situ tanpa memberikan apa-apa jawapan ialah fakta berkaitan.
(h)
Soalnya adalah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.
Fakta bahawa A telah melarikan diri selepas menerima sepucuk surat yang memberinya amaran bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mencari penjenayah itu dan kandungan surat itu adalah berkaitan.
(i)
A dituduh melakukan suatu jenayah.
Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah yang dikatakan itu dia telah melarikan diri, atau memiliki harta atau hasil harta yang telah diperoleh melalui jenayah itu, atau telah cuba menyembunyikan benda yang telah atau mungkin telah digunakan dalam melakukan jenayah itu adalah berkaitan.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 56
(j)
Soalnya adalah sama ada A telah diperkosa.
Fakta bahawa sejurus selepas rogol yang dikatakan itu dia membuat aduan yang berhubung dengan jenayah itu, hal keadaan yang dalamnya aduan itu telah dibuat dan kandungan aduan itu adalah berkaitan.
Fakta bahawa tanpa membuat aduan dia berkata bahawa dia telah diperkosa tidaklah berkaitan sebagai kelakuan di bawah seksyen ini, walaupun fakta itu mungkin berkaitan—
(i)
sebagai akuan nazak di bawah perenggan 32(1)(a); atau
(ii)
sebagai keterangan menyokong di bawah seksyen 157.
(k)
Soalnya adalah sama ada A telah dirompak.
Fakta bahawa selepas sahaja rompakan yang dikatakan itu dia membuat aduan berhubung dengan kesalahan itu, hal keadaan yang dalamnya aduan itu telah dibuat dan kandungan aduan itu adalah berkaitan.
Fakta bahawa tanpa membuat apa-apa aduan, dia telah berkata bahawa dia telah dirompak tidaklah berkaitan sebagai kelakuan di bawah seksyen ini, walaupun fakta itu mungkin berkaitan—
(i)
sebagai akuan nazak di bawah perenggan 32(1)(a); atau
(ii)
sebagai keterangan menyokong di bawah seksyen 157.
Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta berkaitan