Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952

Seksyen 13

Pendaftaran Pengangkatan 11

(2)

Peguam Negara boleh memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk membatalkan pendaftaran sesuatu pengangkatan dalam cara yang akan diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh

Jawatankuasa Kaedah-Kaedah dan mahkamah hendaklah menghantar suatu salinan perintah yang dibuat dalam tiap-tiap permohonan itu kepada Pendaftar yang mendaftarkan pengangkatan tersebut dan kepada Pendaftar Besar dan daftar itu hendaklah dipinda dengan membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut sekiranya mahkamah memerintahkan sedemikian.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 253

(3)

Jika didapati dalam sesuatu prosiding oleh mahkamah yang tidak rendah daripada Mahkamah Majistret Kelas Pertama bahawa sesuatu pengangkatan yang didaftarkan mengikut Akta ini adalah tidak sah dan mahkamah memerintahkan sedemikian, suatu salinan perintah tersebut hendaklah dihantar kepada Pendaftar yang mendaftarkan pengangkatan tersebut dan kepada Pendaftar Besar dan daftar itu hendaklah dipinda dengan membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut.

(4)

Mana-mana orang, sama ada menjadi pihak kepada prosiding atau tidak, yang terkilan oleh sesuatu keputusan mahkamah di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh merayu ke Mahkamah Tinggi atau ke

Mahkamah Persekutuan (mengikut mana-mana yang berkenaan) dan daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan, dengan cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Jawatankuasa Kaedah-Kaedah.

Kesalahan dan penalti