Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952

Seksyen 5

Tiap-tiap Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk dalam Jadual Kedua dan dia hendaklah memasukkan ke dalamnya butir-butir yang akan didaftarkan berkenaan dengan pengangkatan itu dan dia juga hendaklah menyimpan suatu buku yang dipanggil buku catatan

Pendaftar di mana dia sendiri akan merekodkan ke dalamnya semua prosiding berkenaan dengan pendaftaran sesuatu pengangkatan, butir-butir terperinci mengenai pengenalan anak angkat itu, nama

* CATATAN − Seksyen ini pernah dirujuk sebagai seksyen 3 Akta 190 sebelum semakan pada 1977

Pendaftaran Pengangkatan 7

orang yang mengangkatnya, nama orang yang mempersetujui pengangkatan itu, jika ada, dan semua keterangan yang diambil olehnya dalam mana-mana prosiding sedemikian di bawah Akta ini.