Malaysia legislation
Section 25A
Seksyen 25A
(a)
kepada Pendaftar Besar bahawa perkataan “diangkat”,
“pengangkat” atau “angkat” atau apa-apa perkataan yang mempunyai kesan yang sama tidak boleh terdapat dalam
Sijil itu; dan
(b)
kepada ibu atau bapa, atau ibu bapa sebenar atau angkat, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menyerahkan kepada Pendaftar Besar Sijil Kelahiran anak itu yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957.
(2)
Setelah menerima suatu perintah pengangkatan, Pendaftar
Besar hendaklah, tertakluk kepada pematuhan wajar perenggan (1)(b)
dan pembayaran oleh pengangkat fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu Sijil Kelahiran berkenaan dengan anak itu dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(3)
Jika suatu salinan yang diperakui suatu catatan dalam Daftar
Anak Angkat telah dikeluarkan berkenaan dengan anak yang diangkat di bawah Akta ini, Pendaftar Besar hendaklah mengeluarkan suatu Sijil Kelahiran berkenaan dengan anak itu—
(a)
setelah permohonan dibuat oleh ibu atau bapa angkat atau salah seorang daripada ibu bapa angkat, atau sekiranya ibu
26
Undang-Undang Malaysia AKTA 257
atau bapa angkat itu atau kedua-dua ibu bapa angkat meninggal dunia, oleh anak angkat, bagi mendapatkan suatu Sijil Kelahiran; dan
(b)
setelah dibayar fi yang ditetapkan.
(4)
Setelah menerima Sijil Kelahiran di bawah subseksyen (3), ibu atau bapa angkat atau salah seorang daripada ibu bapa angkat, atau sekiranya ibu atau bapa angkat atau kedua-dua ibu bapa angkat yang meninggal dunia, anak angkat itu, hendaklah menyebabkan salinan yang diperakui catatan dalam Daftar Anak Angkat dikeluarkan berkenaan dengan anak angkat itu diserahkan kepada
Pendaftar Besar untuk pembatalan.
(5)
Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta ini menurut kepada perintah pengangkatan hendaklah menggantikan Sijil
Kelahiran anak itu yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran
Kelahiran dan Kematian 1957, dan hendaklah bagi segala maksud dikenali sebagai Sijil Kelahiran anak itu.
(6)
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis, Sijil Kelahiran di bawah Akta ini, jika diberikan di bawah tandatangan Pendaftar Besar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, hendaklah diterima tanpa bukti selanjutnya atau lain sebagai keterangan bagi fakta dan butir-butir yang berhubungan dengan kelahiran anak itu yang berkenaan dengan
Sijil Kelahiran itu dikeluarkan.
(7)
Sekiranya Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta ini hilang, rosak atau cacat, ibu atau bapa angkat, atau dalam hal ibu atau bapa angkat yang meninggal dunia, anak angkat itu, boleh memohon kepada Pendaftar Besar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk mendapatkan salinan Sijil Kelahiran yang, apabila dikeluarkan, hendaklah ditandakan dengan perkataan “Penggantian”.
(8)
Pendaftar Besar hendaklah mengadakan dan menyenggarakan suatu daftar yang dipanggil Daftar Sijil Kelahiran yang dalamnya hendaklah dibuat apa-apa catatan berkaitan dengan pengeluaran Sijil
Kelahiran di bawah Akta ini berkenaan dengan anak angkat.
Pengangkatan 27
(9)
Mana-mana orang boleh memohon dalam borang yang ditetapkan untuk membuat carian dalam Daftar Sijil Kelahiran setelah dibayar fi yang ditetapkan dan untuk mendapatkan keputusan carian itu diperaku dalam borang yang ditetapkan.
Sekatan ke atas iklan