Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PENGANGKATAN 1952

Seksyen 8

Peruntukan mengenai pengangkatan de facto sedia ada

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini mana-mana anak berada dalam jagaan, dan dibesarkan, ditanggung dan diberi pelajaran oleh mana-mana orang atau oleh pasangan suami isteri bersesama sebagai anaknya atau anak mereka sendiri di bawah mana-mana pengangkatan de facto, dan telah bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun sebelum permulaan kuat kuasa itu berada dalam jagaan itu, dan telah dibesarkan, ditanggung dan diberi pelajaran sedemikian,

Mahkamah boleh, atas permohonan orang atau pasangan suami isteri itu dan walaupun pemohon itu seorang lelaki dan anak itu seorang perempuan, membuat suatu perintah pengangkatan yang membenarkannya atau mereka untuk mengangkat anak itu tanpa menghendaki persetujuan mana-mana ibu atau bapa atau penjaga anak itu diperoleh, setelah berpuas hati bahawa dalam segala hal keadaan kes itu adalah adil dan saksama dan bagi kebajikan anak itu bahawa tiada persetujuan sedemikian patut dikehendaki dan bahawa suatu perintah pengangkatan patut dibuat.

Section 8 — AKTA PENGANGKATAN 1952 | mylaw.my