Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Komunikasi tertentu adalah terlindung
Tiada seorang pun dalam mana-mana prosiding undang-undang boleh dibenarkan atau dipaksa mengemukakan atau menzahirkan apa-apa komunikasi bertulis atau lisan yang telah berlaku antara
Suruhanjaya Pilihan Raya atau mana-mana anggota Suruhanjaya itu dengan Kerajaan atau mana-mana Menteri atau pegawai awam atau apa-apa komunikasi antara anggota Suruhanjaya Pilihan
Raya pada menjalankan atau berkaitan dengan penjalanan fungsi
Suruhanjaya melainkan jika Yang di-Pertuan Agong secara bertulis mengizinkan pengemukaan atau penzahiran itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya 7