Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Harta perempuan bersuami
(a)
sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini merupakan harta (termasuk harta berasingan) seseorang perempuan bersuami atau dipegang untuk kegunaan yang berasingannya dalam ekuiti; atau
(b)
dipunyai pada masa perkahwinannya oleh seseorang perempuan yang berkahwin selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau
(c)
selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini diperoleh oleh atau diturunkan ke atas seorang perempuan bersuami, hendaklah dipunyai olehnya dalam segala hal seolah-olah dia seorang feme sole dan boleh dilupuskan dengan sewajarnya:
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 450
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh—
(a)
ditafsirkan sebagai menjejaskan hak mana-mana perempuan bersuami ke atas apa-apa harta yang dia ada sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau
(b)
mengganggu atau menjadikan tidak berkuat kuasa apa-apa sekatan yang sah atas jangkaan atau pemberian hakmilik yang berhubung kait dengan penikmatan bagi apa-apa harta menurut kuasa mana-mana peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, atau dalam mana-mana surat cara yang disempurnakan sebelum tarikh itu.
(2)
Mana-mana surat cara yang disempurnakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, terbatal setakat yang ia berupa sebagai berhubung kait dengan penikmatan apa-apa harta oleh seorang perempuan apa-apa sekatan atas jangkaan atau pemberian hakmilik yang tidak boleh dihubung kait dengan penikmatan harta itu oleh seorang lelaki.
(3)
Bagi maksud seksyen ini yang berhubungan dengan sekatan atas jangkaan atau pemberian hakmilik—
(a)
suatu surat cara yang dikenakan suatu sekatan sedemikian seperti yang disebut terdahulu yang disempurnakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, menurut suatu obligasi yang dikenakan sebelum tarikh itu yang dikenakan dengan sekatan sedemikian hendaklah disifatkan telah disempurnakan sebelum tarikh itu;
(b)
suatu peruntukan yang terkandung dalam suatu surat cara yang dibuat dalam menjalankan suatu kuasa khas bagi pelantikan hendaklah disifatkan terkandung dalam surat cara itu sahaja dan tidak dalam surat cara yang dengannya kuasa itu diwujudkan; dan
Perempuan Bersuami 9
(c)
wasiat mana-mana pewasiat yang mati selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah (walau apa pun tarikh sebenar penyempurnaannya)
disifatkan telah disempurnakan selepas tarikh itu.
Penghapusan liabiliti suami bagi tort isteri dan kontrak sebelum perkahwinan, hutang dan obligasi