Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957

Seksyen 9

Remedi perempuan bersuami bagi perlindungan dan keselamatan harta berasingan

(2)

Seseorang suami atau isteri berhak untuk membawa guaman terhadap satu sama lain dalam tort bagi perlindungan atau keselamatan hartanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Dalam mana-mana pertuduhan jenayah atau dalam mana-mana prosiding lain yang berhubungan dengan harta seorang perempuan bersuami adalah mencukupi untuk mengatakan harta itu merupakan harta perempuan bersuami itu.

(4)

Tiada prosiding jenayah boleh diambil terhadap seorang suami atau isteri semasa mereka tinggal bersama tentang atau berkenaan dengan apa-apa harta yang dituntut masing-masing oleh isteri atau suami mahupun semasa mereka tinggal berasingan tentang atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isteri itu semasa mereka tinggal bersama berkenaan dengan harta yang dituntut masing-masing oleh isteri atau suami itu melainkan jika harta itu telah secara salah diambil oleh suami atau isteri itu apabila meninggalkan atau meninggalkan langsung atau yang hendak meninggalkan atau meninggalkan langsung isteri atau suami itu masing-masing.

(5)

Dalam apa-apa tindakan atau prosiding oleh seorang perempuan bersuami atau oleh seorang sahabat wakil bagi pihaknya,

Mahkamah yang di hadapannya tindakan atau prosiding itu yang belum selesai hendaklah mempunyai bidang kuasa melalui penghakiman atau perintah untuk memerintahkan pembayaran kos pihak lawan daripada harta yang tertakluk pada sekatan atas jangkaan, dan boleh menguatkuasakan pembayaran itu melalui pelantikan seorang penerima dan penjualan harta itu atau selainnya sebagaimana yang adil.

Perempuan Bersuami 11

Hutang dan liabiliti isteri sebelum perkahwinan