Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Wang dan Bank masing-masing
Yang di-Pertuan Agong adalah dengan ini diberi kuasa melalui surat cara di bawah tandatangannya untuk memberi mana-mana orang sebagaimana yang dinamakan dalam surat cara itu, kuasa bagi pihak Kerajaan Malaysia─
(a)
untuk menandatangani Perkara Perjanjian bagi Kumpulan
Wang Antarabangsa dan Perkara Perjanjian bagi Bank
Antarabangsa bagi
Penyusunan
Semula dan
Pembangunan, masing-masingnya; dan 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 472
(b)
untuk menyimpan dengan Kerajaan Amerika Syarikat surat cara penerimaan Perkara Perjanjian bagi Kumpulan
Wang (kemudian daripada ini disebut “Perjanjian
Kumpulan Wang”) dan surat cara penerimaan Perkara
Perjanjian bagi Bank (kemudian daripada ini disebut
“Perjanjian Bank”), yang menyatakan bahawa Kerajaan
Malaysia telah menerima mengikut undang-undangnya
Perkara yang berkenaan dan terma dan syarat yang ditetapkan di bawahnya sebagai terma yang dengannya
Kerajaan Malaysia boleh diterima menjadi anggota
Kumpulan Wang dan Bank.