Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957

Seksyen 6

(b)

Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang Disatukan apa-apa bahagian mana-mana tambahan dalam sumbangan Malaysia sebagaimana yang, mengikut Perkara II

Perjanjian Bank, kena dibayar dengan emas atau dolar Amerika

Syarikat atau dengan mata wang Malaysia.

(c)

Kecuali dengan kelulusan yang ditandakan melalui ketetapan Dewan Rakyat, sumbangan Malaysia tidaklah boleh ditambah sehinggakan ia (termasuk apa-apa tambahan) melebihi jumlah lima puluh juta dolar Amerika Syarikat.

(2)

Menteri Kewangan adalah dengan ini diberi kuasa, bagi pihak

Kerajaan, untuk mewujudkan dan mengeluarkan kepada Bank

Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan, dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya patut, apa-apa wang kertas tanpa bunga dan wang kertas tidak boleh niaga atau obligasi lain sebagaimana yang boleh, di bawah seksyen 12 Perkara V Perjanjian

Bank, menentukan untuk diterima sebagai ganti apa-apa bahagian sumbangan Malaysia yang, jika tidak kerana penerimaan itu, kena dibayar dengan mata wang Malaysia.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 472

Pembayaran lain kepada Bank Antarabangsa

Section 6 — BRETTON WOODS AGREEMENTS ACT 1957 | mylaw.my