Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Disatukan─
(a)
segala wang yang kena dibayar kepada
Bank
Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan di bawah seksyen 9 Perkara II Perjanjian Bank (yang berhubungan dengan perubahan dalam nilai tara atau nilai pertukaran asing mata wang anggota); dan
(b)
segala wang yang dikehendaki bagi penebusan apa-apa nota atau obligasi yang diwujudkan dan dikeluarkan kepada Bank itu di bawah Akta ini.
Tanggungan dan penerimaan
*8.
(1)
(Dimansuhkan oleh Akta A18).
(2)
Segala wang yang diterima oleh atau bagi pihak
Kerajaan Malaysia daripada Kumpulan Wang Antarabangsa atau daripada Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan
Pembangunan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan.
Perintah bagi menguatkuasakan Perjanjian