Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957

Seksyen 9

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Perintah, membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkan semunasabahnya perlu untuk menguatkuasakan Perjanjian Kumpulan

Wang dan Perjanjian Bank yang berhubungan dengan taraf, kekebalan dan keistimewaan Kumpulan Wang Antarabangsa dan

Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan serta pengelola atau gabenor, pengarah eksekutif, anggota silih ganti,

* Lihat— Bretton woods Agreements Order 1969[P.U. (A) 505/1969] m.b.p.

Disember 1969.

Perjanjian Bretton Woods 9

pegawai dan pekerja mereka masing-masing, atau mana-mana peruntukan

Perjanjian

Kumpulan

Wang mengenai ketakbolehkuatkuasaan kontrak pertukaran.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa

Perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan tertentu Perjanjian Kumpulan Wang atau Perjanjian Bank hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.