Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FEE) 1959

Seksyen 3

Kuasa mengenai sumpah dan perbuatan notarial di luar negeri

(2)

Apa-apa dokumen yang didakwa sebagai telah dicap, ditera atau diturunkan di atasnya atau padanya meterai dan tandatangan seseorang yang diberi kuasa oleh seksyen ini untuk mengendalikan sesuatu sumpah atau ikrar sebagai perisytiharan kepada sesuatu sumpah, ikrar, afidavit atau perbuatan yang dikendalikan, dibuat atau yang dilakukan oleh atau di hadapannya, hendaklah diterima sebagai keterangan tanpa bukti bahawa meterai atau tandatangan itu adalah meterai atau tandatangan orang itu atau atas sifat rasmi orang tersebut.

(3)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah mengarahkan setakat mana subseksyen (2) hendaklah terpakai mengenai pembuktian perbuatan notarial yang dilakukan di mana-mana negara atau tempat di luar Malaysia oleh pegawai diplomat dan konsul

Malaysia berhubung dengan perbuatan notarial yang dilakukan oleh mana-mana orang yang dinyatakan di dalam perintah itu, yang

Pegawai-Pegawai Diplomat dan Konsul (Sumpah dan Fi) 7

merupakan orang yang berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatik, konsular atau perkhidmatan lain luar negeri atas sesuatu Kuasa yang, melalui persetujuan dengan Yang di-Pertuan Agong, telah mengaku janji untuk mewakili kepentingan Malaysia dalam mana-mana negara atau tempat di mana Malaysia pada masa itu tidak mempunyai wakil diplomat atau konsul.

(4)

Bagi maksud seksyen ini “sumpah” termasuklah apa-apa sumpah yang dikehendaki diangkat bagi maksud Perlembagaan dengan syarat bahawa sumpah itu diangkat di hadapan seorang pegawai diplomat atau konsul yang dia sendiri adalah seorang warganegara Malaysia.

Kuasa untuk menetapkan fi

Section 3 — DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959