Malaysia legislation
Section 6
of *AKTA PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FEE) 1959
Seksyen 6
Penalti bagi fi berlebihan
Seorang pegawai konsul atau seorang pegawai diplomat yang diamanahkan dengan tugas konsul hendaklah jangan, meminta atau mengambil apa-apa fi atau hadiah bagi atau atas apa-apa perbuatan, perkara atau perkhidmatan yang telah dilakukan, dilaksanakan atau diberikan olehnya di dalam perlaksanaan jawatannya, kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam mana-mana perintah atau peraturan di bawah seksyen 4, dan jika dia berbuat demikian dia boleh, tanpa menyentuh apa-apa liabiliti lain, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap kesalahan.