Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FEE) 1959
Seksyen 7
Kesalahan dan penalti
(a)
bersumpah secara palsu dalam mana-mana sumpah atau afidavit yang diangkat atau dibuat menurut Akta ini; atau
(b)
memalsukan atau dengan cara menipu, mengubah meterai atau tandatangan seseorang yang diberi kuasa oleh atau di bawah Akta ini untuk mengendalikan suatu sumpah; atau
(c)
memberi sebagai keterangan ataupun menggunakan apa-apa afidavit yang mempunyai apa-apa meterai atau tandatangan yang dipalsukan atau dilancungkan atau diubah dengan cara menipu, dengan mengetahui keterangan atau afidavit itu dipalsukan, dilancungkan atau diubah dengan cara menipu, boleh dikenakan penjara untuk suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
Pegawai-Pegawai Diplomat dan Konsul (Sumpah dan Fi) 9
Perbicaraan kesalahan