Malaysia legislation
Section 3B
Seksyen 3B
(a)
beberapa orang pegawai pendaftaran; dan
(b)
beberapa orang ejen pendaftaran, dari mana-mana orang yang bukan pekhidmat awam, sebagaimana difikirkannya wajar dan perlu.
Pendaftaran Negara 7
(2)
Ketua Pengarah boleh, dalam hal yang berkaitan dengan mana-mana perkara atau kelas perkara, melantik mana-mana pegawai pengangkutan jalan atau, pegawai imigresen atau mana-mana pegawai dari mana-mana jabatan Kerajaan menjadi pegawai pendaftaran bagi maksud Akta ini, dan seseorang yang telah dilantik itu hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan tugasnya tertakluk kepada arahan dan kawalan dari Ketua Pengarah.
(3)
Seseorang yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Sabah atau Kerajaan Negeri Sarawak tidak boleh dilantik sebagai pegawai pendaftaran tanpa keizinan bertulis terdahulu daripada Kerajaan
Negeri.
Pekhidmat awam