Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PENDAFTARAN NEGARA 1959

Seksyen 6

Peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan berkenaan dengan—

(a)

cara bagaimana dan tempat di mana permohonan untuk pendaftaran orang hendaklah dibuat;

8

Undang-Undang Malaysia

(b)

penubuhan suatu pejabat pendaftaran pusat;

(c)

maklumat dan dokumen yang diberikan bagi maksud pendaftaran;

(d)

mengambil dan merekod fotograf dan cap jari dan ibu jari orang yang dikehendaki didaftarkan;

(e)

pengeluaran dan bentuk kad pengenalan dan butir-butir yang hendaklah dicatatkan dalamnya;

(f)

pemeriksaan kad pengenalan oleh orang yang menjaga hotel dan rumah penginapan dan golongan atau perihal lain-lain orang;

(g)

pengeluaran gantian kad pengenalan;

(h)

menghendaki orang yang telah mendapat kad pengenalan

(atau gantiannya) sebelum mencapai umur lapan belas tahun supaya mendaftar semula dalam tempoh tiga puluh enam bulan selepas luput enam tahun dari tarikh kad itu dikeluarkan;

(i)

menghendaki orang yang telah mendapat kad pengenalan atau gantiannya supaya mendaftar semula dalam tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dari tarikh pendaftaran mereka yang terakhir sebelumnya;

(j)

caj maksimum yang boleh dibuat bagi, dan syarat yang boleh dikenakan ke atas, pengambilan fotograf oleh mana-mana orang;

(k)

penyerahan sementara kad pengenalan;

(l)

jagaan dan menunjukkan kad pengenalan;

(m)

masa dan tempat untuk pemohon dan pemegang kad pengenalan hadir di hadapan seseorang pegawai pendaftaran;

(n)

penyiaran maklumat yang didapati dari daftar;

(o)

pembuatan pembetulan pada dan pindaan dalam daftar dan kad pengenalan;

(p)

penyediaan, jagaan dan pemeriksaan indeks bagi daftar dan pengeluaran cabutan dari daftar;

(q)

fi yang dikenakan dan syarat yang di bawahnya fi itu boleh tidak dipungut;

Pendaftaran Negara 9

(r)

anggapan yang berhubungan dengan pembuktian dokumen yang disimpan di bawah Akta ini dan yang dikeluarkan di bawah tandatangan seseorang pegawai pendaftaran selain ejen pendaftaran;

(s)

pemberian dan penjalanan kuasa untuk menangkap dan menggeledah;

(t)

pengecualian mutlak atau bersyarat bagi mana-mana orang atau kategori orang daripada Akta ini;

(u)

pengenaan penalti kerana apa-apa pelanggaran mana-mana peraturan dan *penalti tersebut tidak boleh melebihi denda sebanyak lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya; dan

(v)

penyerahan dan penggantian kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang telah dimansuhkan yang berhubungan dengan pendaftaran orang dalam apa-apa tempoh dan dalam mana-mana kawasan sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa dalam peraturan-peraturan itu.