Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(a)
bagi sepuluh orang buruh atau lebih yang tinggal di mana-mana ladang pertanian atau harta lombong, atau dalam mana-mana kilang atau woksyop; atau
(b)
bagi apa-apa kelas atau jenis buruh lain sebagaimana yang ditetapkan, apabila menerima suatu permintaan bertulis bagi maksud itu dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh seseorang Penolong
Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah, hendaklah bertindak atau melantik seorang ejen untuk bertindak sebagai pembanci berkenaan dengan semua orang yang bekerja atau tinggal di ladang, harta lombong, kilang atau woksyop itu.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 16
(2)
Tiap-tiap majikan atau ejen itu hendaklah mencatatkan atau menyebabkan supaya dicatatkan, dalam jadual yang diserahkan kepadanya bagi maksud itu, butiran yang ditetapkan berkenaan dengan semua orang yang disebut dalam subseksyen (1) dan hendaklah menyerahkan jadual, yang diisi sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, kepada pembanci atau penyelia yang dilantik bagi kawasan tempat terletaknya ladang, harta lombong, kilang atau woksyop itu atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Penolong Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah.
Pekhidmat Kerajaan hendaklah membantu pembancian