Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA BANCI 1960

Seksyen 14

Penyerahan jadual dan penyata

Tiap-tiap pembanci hendaklah menyerahkan kepada penyelia kawasan yang baginya dia dilantik semua jadual, dan segala penyata sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya, pada hari yang hendaklah ditetapkan bagi maksud itu oleh Penolong Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah bagi kawasan itu, dan penyelia itu hendaklah dengan segera menentusahkan jadual dan penyata itu dan menghantarnya, bersama dengan apa-apa jadual dan penyata lain yang ada dalam jagaannya, kepada Penolong Pesuruhjaya atau

Penguasa Daerah yang hendaklah dengan segera mengemukakannya kepada Pesuruhjaya, atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pesuruhjaya.

Section 14 — CENSUS ACT 1960 | mylaw.my