Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Datuk Bandar boleh, selepas berunding dengan Menteri, bertindak berlawanan dengan nasihat yang diberikan kepadanya oleh Lembaga Penasihat, jika dalam apa-apa hal yang difikirkannya patut untuk berbuat demikian; tetapi dalam apa-apa hal itu—
(a)
dia hendaklah merekodkan dengan sepenuhnya secara bertulis, untuk dimasukkan dalam minit, alasan dan sebab bagi keputusannya; dan
(b)
adalah berwibawa bagi mana-mana anggota Lembaga
Penasihat untuk menghendaki supaya direkodkan dalam minit itu apa-apa nasihat atau pendapat yang mungkin telah diberikannya mengenai soalan yang dipertikaikan, dan alasan baginya.
Undang-Undang Malaysia 10
Perlindungan pihak berkuasa awam