Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“Bandaraya” ertinya Bandaraya Kuala Lumpur atau, dalam bahasa
Inggeris, the City of Kuala Lumpur;
“Datuk Bandar” ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur atau, dalam bahasa Inggeris, the Commissioner of the City of Kuala Lumpur, yang dilantik di bawah seksyen 4; dan
“Lembaga Penasihat” ertinya Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala
Lumpur atau, dalam bahasa Inggeris, the Advisory Board of the
City of Kuala Lumpur, yang ditubuhkan di bawah seksyen 6.