Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(3)
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, dari semasa ke semasa membahagikan Bandaraya kepada daerah atau bahagian kecil lain dan mengecualikan daripada penguatkuasaan Akta ini atau penguatkuasaan mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh Bandaraya, mana-mana tempat atau tempat-tempat dalam sempadan Bandaraya sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.
(4)
Apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (3) tidak boleh mengecualikan mana-mana orang yang tinggal dalam mana-mana tempat sedemikian daripada penguatkuasaan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kadar atau percukaian.