Malaysia legislation

Section 4

of AKTA IBU KOTA PERSEKUTUAN 1960

Seksyen 4

(2)

Datuk Bandar hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selama tempoh lima tahun atau, jika Yang di-Pertuan Agong dalam mana-mana hal tertentu menentukan sedemikian, selama apa-apa tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang ditentukan sedemikian.

(3)

Tertakluk kepada Akta ini, Datuk Bandar hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh

Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa.

(4)

Jika, pada bila-bila masa Yang di-Pertuan Agong mendapati bahawa pemecatan mana-mana orang yang memegang jawatan

Datuk Bandar daripada jawatannya itu adalah perlu bagi kepentingan pentadbiran hal ehwal Bandaraya yang berkesan, dia boleh, tanpa memberikan apa-apa sebab, memecat orang itu daripada jawatan.

*CATATAN—Dipinda berbangkit daripada seksyen 8 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 dan

Perintah Ibu Kota Persekutuan (Kawasan Bandaraya) 1974 (P.U. (A) 42/1974).

Ibu Kota Persekutuan 7

(5)

Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa menerima peletakan jawatan Datuk Bandar.

(6)

Jika melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Datuk Bandar diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, dia boleh melalui surat cara bertulis mewakilkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam surat cara itu, penjalanan kuasa itu atau pelaksanaan kewajipan itu kepada mana-mana orang yang diperihalkan melalui nama atau jawatan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat apa-apa perundangan subsidiari yang memberikan kepadanya oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(7)

Jika Datuk Bandar adalah dihalang daripada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya kerana sakit, tidak ada atau apa-apa sebab lain, atau jika jawatan

Datuk Bandar kosong selama apa-apa tempoh, Ketua Setiausaha

Kementerian Wilayah Persekutuan, atau mana-mana pegawai awam lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri, hendaklah melaksanakan fungsi, menjalankan kuasa dan menunaikan kewajipan

Datuk Bandar itu.

Datuk Bandar hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan