Malaysia legislation

Section 8

of Akta 210

Seksyen 8

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

(2)

Tanpa menyentuh keluasan makna subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan adalah termasuk memberikan arahanarahan kepada Lembaga—

(a)

tentang pelupusan aset modal; dan

(b)

tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu:

Dengan syarat bahawa, selagi apa-apa wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan, tiada apa-apa arahan itu boleh diberikan.

Kawasan Terengganu Tengah